Sunday, June 13, 2010

Secebis petikan motivasi buat semua

1. Kebiasaan mengucap syukur

Ini adalah kebiasaan istimewa yang boleh mengubah hidup selalu menjadi lebih baik. Bahkan agama mendorong kita bersyukur tidak saja untuk hal-hal yang baik, tapi juga dalam kesusahan dan hari-hari yang buruk. Ada rahsia besar di balik ucapan syukur yang sudah terbukti sepanjang sejarah. Hellen Keller yang buta dan tuli sejak usia dua tahun, telah menjadi orang yang terkenal dan dikagumi di seluruh dunia. Salah satu ucapannya yang banyak memotivasi orang adalah, “Aku bersyukur atas cacat-cacat ini, aku menemukan diriku, pekerjaanku dan Tuhanku”. Memang sukar untuk bersyukur, namun kita boleh belajar perlahan-lahan. Mulailah mensyukuri kehidupan, mensyukuri berkat, kesihatan, keluarga, sahabat, dan sebagainya. Lama kelamaan semoga kita biasa bersyukur atas kesusahan dan situasi yang buruk.

2. Kebiasaan berfikir positif

Hidup kita dibentuk oleh apa yang paling sering kita fikirkan. Kalau selalu berpikiran positif, kita cenderung menjadi peribadi yang yang positif. Ciri-ciri dari fikiran yang positif selalu mengarah kepada kebenaran, kebaikan, kasih sayang, harapan dan suka cita. Selalulah merenung apa yang kita sedang fikirkan. Kalau ada terbenam fikiran negatif, kendalikanlah segera ke arah yang positif. Jadikanlah berfikir positif sebagai kebiasaan dan lihatlah betapa banyak hal-hal positif sebagai kebiasaan dan lihatlah betapa banyak hal-hal positif yang akan anda alami.

3. Kebiasaan supaya lebih peka

Kemampuan berhubungan dengan orang lain merupakan kelebihan yang dimiliki oleh banyak orang sukses. Dan salah satu unsur penting dalam berhubungan dengan orang lain adalah bersifat kepekaan untuk memandang dari sudut pandang orang lain. Orang yang peka biasanyan merasakan perasaan orang lain, mengerti keinginannya dan menangkap motif di balik sikap orang lain. Ini berlawanan sekali dengan sikap egois, yang biasanya menuntut diperhatikan dan dimengerti orang lain. Meskipun tidak semua orang mudah bersifat peka, namun kita boleh belajar dengan membiasakan diri melakukan tindakan-tindakan yang kepekaan. Misalnya, jadilah pendengar yang baik, belajarlah menempatkan diri pada posisi orang lain, belajarlah melakukan apa yang anda ingin orang lain lakukan kepada anda, dan sebagainya.

4. Kebiasaan mendahulukan yang penting

Fikirkanlah apa saja yang paling penting, dan dahulukanlah. Jangan biarkan hidup anda terjebak dalam hal-hal yang tidak penting sementara hal-hal yang penting terabaikan. Mulakanlah memilih-milih mana yang penting dan mana yg tidak, kebiasaan mendahulukan yang penting akan membuat hidup anda efektif dan produktif dan meningkatkan peribadi diri anda secara signifikan.

5. Kebiasaan bertindak

Bila anda sudah mempunyai pengetahuan, sudah mempunyai tujuan yang hendak dicapai dan sudah mempunyai kesedaran mengenai apa yang harus dilakukan, maka langkah selanjutnya adalah bertindak. Biasakan untuk menghargai waktu, lawanlah rasa malas dengan bersikap aktif. Banyak orang yang gagal dalam hidup karena hanya mempunyai impian dan hanya mempunyai tujuan tapi tak mau melangkah.

6. Kebiasaan menabur benih

Prinsip tabur benih ini berlaku dalam kehidupan. Pada waktunya anda akan menuai yang anda tabur. Bayangkanlah, betapa kayanya hidup anda bila anda selalu menebar benih ‘kebaikan’. Tapi sebaliknya, betapa miskinnya kita bila rajin menabur keburukan.

7. Kebiasaan hidup jujur

Tanpa kejujuran, kita tidak boleh menjadi peribadi yang utuh, bahkan boleh merosakkan harga diri dan masa depan anda sendiri. Mulailah membiasakan diri bersikap jujur, tidak saja kepada diri sendiri tapi juga terhadap orang lain. Mulailah mengatakan kebenaran, meskipun mengandungi risiko. Bila anda biasa berbohong, kurangkanlah kebohongan anda sedikit demi sedikit.

Friday, March 26, 2010

MARAH

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca isti'azah kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Friday, March 12, 2010

Hairan

1.Aku heran melihat orang yang sudah tau bahawa dia akan mati tapi masih tetap tertawa dan tidak sedar

2.Aku heran melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa tetapi masih tetap mencintainya

3.Aku heran melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu

4.Aku heran melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta

5.Aku heran melihat orang yang sudah kenal neraka, tetapi masih melakukan dosa

6 Aku heran melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya

7.Aku heran melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya

(Ustman Ibn Affan)

(Petikan)